Pada entri kali ini Darkboy rasa macam nak menangis indonesia membakar bendera Malaysia adakah itu menghina sesuatu negara itu!Dua negara ini tiada kesudahan apabila bergaduh.
Sebenarnya, disebalik keakraban kita ini..ada satu dalang yang tidak ubah bagai DAJAL kerana menghasut kita supaya saling bermusuhan! Mereka akan sentiasa mencari kesilapan mana-mana pihak antara kita dan akan menokok tambah lagi agar sentimen itu menjadi isu yang sangat besar!
Mengulas mengenai isu penghinaan Indonesia terhadap 'Jalur Gemilang' iaitu bendera kebangsaan Malaysia yang telah dipijak, dikoyak, dibakar dan nasib kedutaan Malaysia di Indonesia yang telah dibaling dengan najis semuanya rentetan isu yang pada dasarnya semua boleh diselesaikan dengan cara yang baik!
Lupakah Indonesia terhadap jasa Malaysia ketika membantu mereka sewaktu bencana 'Tsunami' pada 26 Disember 2004 yang lalu?Dimanakah semangat cintakan negara seseorang?Takkan pergaduhan ini berterusan?
0 ulasan:
Catat Ulasan