RSS Feed
Memaparkan catatan dengan label 1MALAYSIA menjana transformasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1MALAYSIA menjana transformasi. Papar semua catatan
TOP

Isu Kasut Crocs Ada Kalimah Allah: Satu Kebetulan?



Penghinaan terhadap kalimah Allah ini sebenarnya bukan cerita baru. Sudah banyak kali kita dengar kalimah-kalimah Allah yang disalahgunakan oleh musuh-musuh Islam. Mereka memang dari dulu lagi menggunakan pelbagai taktik untuk menjatuhkan Islam sama ada secara kekerasan atau secara halus yang mungkin kita tak nampak. Berbalik kepada isu logo Crocs ini, adakah ia benar-benar menyerupai kalimah Allah? Cuba kita perhatikan gambar dibawah.
Gambar kiri, memang nampak gambar buaya la kan (teleng sikit kepala kalau tak nampak). Tapi gambar kanan, nampak dengan jelas kalimah Allah selepas di’highlight dengan pen marker. Persoalannya, adakah logo Crocs itu benar-benar kalimah Allah atau hanya kebetulan?

Jika anda was-was dengan kasut Crocs berlogo kalimah Allah ini, sila elakkan dari membeli dan memakainya. Ustaz Nor Amin ada menyebut di blog beliau, jika kita tahu kasut Crocs itu ada kalimah Allah, tapi masih tetap nak pakai, kiranya kita turut bersekongkol dengan syarikat Crocs. Tapi nasihat saya, jangan terburu-buru memboikot produk Crocs. Cuba tanya dulu pendapat ustaz-ustaz atau alim ulamak. Mungkin kalimah Allah ini hanya kebetulan selepas di’highlight dengan pen marker. Di bawah ialah pendapat Ustaz Hasrizal (SaifulIslam.com) tentang isu ini:
Credit screenshot: Joegrimjow
Psstt: Saya sebenarnya tertarik dengan pendapat Hans di blog beliau. Kalau rasa risau sangat dan was-was dengan kalimah Allah itu, tak salah jika si pemilik mengikis logo Crocs itu. Jadi boleh la pakai seperti biasa kan?

TOP

Maya bertudung(fuwaa

"Saya minta maaf, saya memang tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana saya tidak mahu silap cakap, sekaligus

"Saya minta maaf, saya memang tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana saya tidak mahu silap cakap, sekaligusNampak ayu, manis dan tetap tenang diasak pertanyaan wartawan

PERKARANGAN Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada petang Khamis lalu menjadi tumpuan media. Semua yang datang dengan niat sama iaitu untuk membuat liputan kesudahan kisah lara membabitkan pelakon, penyanyi dan pengacara, Maya Karin.

Jika sebelum ini si empunya diri asyik berahsia mengenai status perkahwinan mereka, tapi kali ini kehadiran Maya dan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali situ menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Namun bukan saja status perkahwinan yang menjadi perhatian. Sebaliknya penampilan Maya dengan bertudung dan berbaju kurung dengan labuh turut menarik perhatian. Cukup manis sekali dipandang.

Dia berjalan tenang saja menuju ke kereta biarpun sudah ramai wartawan menunggunya di perkarangan mahkamah. Bahkan berbeza dengan kebanyakan artis atau personaliti lain yang lazimnya bercermin hitam yang besar hampir menutup muka apabila hadir di Mahkamah Syariah, Maya tidak pula berbuat demikian. Tiada apa yang melindungi wajahnya.

Tidak kekok, tidak juga melatah atau melenting apabila dikerumuni wartawan. Dia juga tidak mengarahkan peguam yang mengiringinya supaya wartawan tidak mendekatinya. Sebaliknya dalam senyuman itu, mulutnya terkunci rapat. Tiada sepatah perkataan terkeluar daripada mulutnya apabila diminta mengulas mengenai ‘kehadirannya’ di Mahkamah Syariah.

Tindakannya mendiamkan diri menyebabkan media terpinga-pinga, meninggalkan persoalan mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya. Apakah mungkin kehadiran mereka adalah untuk mendaftarkan pernikahan mereka kerana sebelum ini mereka memilih luar negara untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri ataupun mereka datang untuk memfailkan perceraian, selepas segala usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka menemui jalan buntu.
Maya, Steven kemas menyimpan rahsia

Enggan membuat spekulasi, masing-masing sabar menanti serta ingin mendengar sendiri pengakuan dari mulut pasangan yang melangsungkan perkahwinan mereka dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali, Ogos, dua tahun lalu. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan gambaran sebenar apakah yang berlaku di dalam kamar Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin itu tidak berhasil kerana Steven, yang terlebih dulu keluar dari bilik itu enggan memberikan sebarang komen.

Sebaliknya ketika ditanya, dia hanya mengatakan tiada sebarang perceraian dan juga tiada keputusan yang diambil. Malah, dia menyuruh media bertanyakan sendiri perkara itu kepada isterinya sebelum berlalu pergi. Melihat riak wajah lelaki yang bergelar pendidik ini, nyata dia begitu kecewa dengan apa yang berlaku hari ini.

“Saya sangat kecewa,” kata Steven merujuk kehadirannya ke mahkamah syariah, petang itu.

Ditanya apakah berlaku perceraian seperti yang didakwa, Steven hanya berkata; “Tiada perceraian dan tiada keputusan, tanyalah pada Maya,” katanya sambil berlalu pergi. Walaupun dikejar dan diajukan soalan bertubi-tubi, lelaki tinggi lampai ini tetap dengan pendiriannya iaitu mendiamkan diri seribu bahasa.

Kira-kira 15 minit kemudian, barulah kelibat Maya muncul. Kelihatan ayu mengenakan kurung rona cerah berbunga dan bertudung litup putih, pelakon dan penyanyi lagu Erti Cinta ini juga mengambil langkah yang serupa untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan apakah tujuan sebenar dia dan suami, mengunjungi tempat itu.

“Saya minta maaf, saya memang tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana saya tidak mahu silap cakap sekali gus akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya. Maya ditemani peguam syarie, Norhusniah Husin. Biarpun enggan memberikan sebarang komen, dia tetap diasak dengan pelbagai soalan berhubung isu rumah tangganya yang semakin hangat diperkatakan itu.

Namun, hasilnya tetap sama. Maya tetap mengunci mulutnya dari terus mengeluarkan kenyataan. Sambil diiringi polis, Maya melangkah laju menuju ke tempat meletak kereta. Berlaku adegan kejar-mengejar sehinggalah Maya terpaksa berhenti dan bersedia mendengar asakan pertanyaan selepas diminta untuk berbuat demikian. Meskipun di bibir, Maya berkali-kali menegaskan bahawa dia tidak dapat menjawab segala persoalan yang diajukan, namun dari raut wajahnya jelas menterjemahkan bahawa dia sebenarnya terikat dengan syarat yang hanya dia dan suami saja yang tahu.

Usaha mendapatkan maklumat apakah tujuan Maya dan suami hadir ke mahkamah tidak terhenti setakat itu saja. Soalan sama diajukan kepada peguam yang mewakili Maya. Malangnya, dia tidak dapat membantu disebabkan anak guamnya itu sudah memberi arahan supaya tidak mengeluarkan sebarang ulasan.

“Lambat laun nanti, anda semua akan mengetahui keputusannya,” kata Norhusniah sambil membantu anak guamnya itu masuk ke kereta.

Kemelut rumah tangga dihadapi Maya dan Steven mula dihidu media sejak Februari lalu apabila mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung. Sejak membawa haluan masing-masing, pelbagai spekulasi bertebaran sehingga ada yang mendakwa, keretakan rumah tangga mereka berpunca masalah orang ketiga.

Bagaimanapun ketika ditanya, Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49, menafikan perkara itu sekeras-kerasnya. Malah, dia bersungguh-sungguh menegaskan bahawa perpisahan sementara itu adalah untuk memberi ruang kepada mereka memperbaiki kesilapan dan sebagai usaha untuk menyelamat perkahwinan yang bakal mencecah dua tahun menjelang Ogos depan.

Jika filem atau drama ada penamatnya, namun drama membabitkan Maya dan Steven ini terus berlanjutan dan menjadi tanda tanya. Selagi tuan punya badan terus bermain teka-teki dan memendam rahsia, selagi itulah mereka akan terus menjadi buruan media.

Begitupun, andai benar sudah tertulis bahawa jodoh mereka hanya mampu bertahan setakat ini, biarlah ia dapat diselesaikan dengan cara baik. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

TOP

Upin Dan Ipin, Pengaruh Kehidupan Kanak-kanak Islam...


Hebat! Upin dan Ipin merupakan katakunci panas ke blog ini. Sekarang budak-budak suka tengok kartun betol tak cakap Mat niy...
Upin,  Ipin, keluarga dan rakan-rakan
Upin, Ipin, keluarga dan rakan-rakan
Upin dan ipin merupakan watak utama dalam animasi popular yang diperkenalkan oleh Les Copaque. Mula diperkenalkan di televisyen tempatan TV9 dan langsung mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan!
Rasanya di warga negara kita, siapa yang tak kenal dengan watak upin dan ipin? Bukan sahaja kanak-kanak malah ibu bapa turut dirangsang untuk mengetahui. Yalah bukankah ibu bapa perlu kawal aktiviti anak-anak.
Aku sebagai bapa, perlu kawal kegiatan anak-anak untuk memastikan mereka tidak didedahkan dengan perkara-perkara yang tidak membawa kebaikan. Termasuk apa yang dipaparkan di televisyen dan paparan kisah upin dan ipin sudah pasti secara tak langsung mendapat tempat dihati aku.
Tidak meyangka, kisah yang diolah secara bersahaja yang mengisahkan kehidupan watak kanak-kanak ketika kecil dalam kelompok keluarga islam tersebut, turut mendapat tempat di hati anak-anak aku. Dan yang paling menarik mesej yang ditinggalkan meninggalkan kesan mendalam ke ataspsikologi anak-anak!
Antara perkara yang menarik perhatian anak-anak dalam kisah upin dan ipin tersebut,
  1. Islam – secara tak langsung dapat mendidik anak-anak tentang asas agama seperti sembahyang, berpuasa, zakat dan lain-lain.
  2. Moral – anak-anak dapat lihat secara positif tentang nilai-nilai murniyang baik.
  3. Sosial – pergaulan antara kaum yang diolah begitu berkesan kena dengan budaya 1Malaysia.
Watak upin dan ipin dibantu oleh watak-watak yang jelas akan kriteria masing-masing. Watak-watak lain adalah,
  1. Opah – nenek yang menjadi penjaga sepenuh masa kepada upin dan ipin setelah kematian ibu bapanya.
  2. Kak Ros – kakak kepada upin dan ipin yang menjaga upin dan ipin secara part time (ha3).
  3. Rakan-rakan – Ehsan, Mail, Me Mei, Fizi, Jarjit dan ramai lagi (watak-watak ni aku tanya anak-anak aku, ingat eh? ha3).
Sebagai bukti yang berlaku kepada dunia realiti, sememangnya apa yang dipaparkan dalam siri tersebut meninggalkan kesan psikologi yang mendalam dalam kehidupan anak-anak. Sembahyang, puasa dan kelakuan baik telah tersemat dalam kepala anak-anak aku yang secara tak langsung dapat membantu kita sebagai ibubapa mendidik anak-anak.
Apa yang ibu bapa seperti aku berharap, animasi bersiri seperti itu perlu diperhalusi lagi disamping mengekalkan ciri-ciri bersahaja untuk menyelami dunia anak-anak secara dekat. Aku percaya jika dilakukan dengan niat yang baik, bukan sahaja mendapat sambutan kanak-kanak tetapi mendapat kepercayaan penuh dari ibu bapa. Secara tak langsunganimasi upin dan ipin bakal terus mendapat keunikannya tersendiri.
Kini apa yang kita dapat lihat, Les Copaque sedang berusaha keras untuk memenuhi sambutan dari negara luar seperti negara jiran kita Singapura dan Indonesia. Lebih bangga, animasi tersebut juga mendapat perhatian dari studio animasi terkenal, Disney.

TOP

Yay MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!



Yay.Esok hari yang amat mengembirakan!Sebab esok hari kemerdekaan yang akan disambut di Dataran.Harap-harap meriah laa!Kawan Darkboy semue nak pergi Dataran Merdeka nak sambut.Hari ini semua sekolah orang kerja semua cuti...hehehehe!Syok

TOP

Bulan Kemerdekaan

Yess,hari kemerdekaan berdekatan dengan kita!.Darkboy tengok cite-cite sejarah tentang dulu Merdeka bertapa seronoknya dan gembiranya orang-orang dahulu!Sampai menangis ...Harap-harap hari kemerdekaan kali ini menyeronokan dengan bunga api dan pertunjukkan2...Selepas Mahathir meletakkan jawatan...Najib telah membangunkan negara dengan baik dan membangunkan negara.1MALAYSIA menjana teransformasi!